Thursday 17 February 2011

Salam Maulidur Rasul......

Assalamualaikum....

Pada 12 Rabiulawal 1432 Hijrah bersamaan 15 Febuari 2011 Masihi, seluruh umat Islam di dunia telah menyambut hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari tersebut juga dikenali sebagai hari Maulid Nabi. Hari Maulid Nabi adalah tujuan untuk kita mengigati kisah perjalanan hidup Rasulullah, perjuangan Rasulullah dalam menyahut seruan Allah untuk menyebarkan dakwah Islam, dalam pahit getir menghadapi orang-orang kafir dan mengenali lebih terperinci tentang sifat-sifat baginda yang begitu mulia. Ia adalah untuk memberi pengajaran kepada kita tentang kisah perjuangan Rasulullah dalam menegakkan syariat Islam sehingga terpaksa menghadapi orang-orang kafir yang ingin mematahkan perjuangan Rasulullah SAW. Dari Mekah ke Madinah, sebegitu susahnya perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabatnya dalam menyebarkan dakwah Islam. Walaubagaimanapun, Rasulullah tetap berjuang dalam menghadapi kejahatan orang-orang kafir. Sebegitu tabahnya sifat baginda dalam perjuangan ini. Allah SWT begitu menyayangi Rasulullah SAW kerana sifatnya yang sabar dan tabah menghadapi ujianNya. Kita haruslah menyayangi juga Rasulullah SAW dengan beriman kepada Allah SWT dan sentiasalah berselawat keatas Nabi Muhammad SAW. Kita juga boleh menyayangi baginda dengan mengikuti sifat-sifat mulia baginda, dan sentiasalah mengamalkan sunnahnya. Semoga perjuangan Rasulullah SAW dapat kita contohi agar kita dapat kesenangan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah...... =D

No comments:

Post a Comment