Thursday 17 February 2011

Salam Maulidur Rasul......

Assalamualaikum....

Pada 12 Rabiulawal 1432 Hijrah bersamaan 15 Febuari 2011 Masihi, seluruh umat Islam di dunia telah menyambut hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari tersebut juga dikenali sebagai hari Maulid Nabi. Hari Maulid Nabi adalah tujuan untuk kita mengigati kisah perjalanan hidup Rasulullah, perjuangan Rasulullah dalam menyahut seruan Allah untuk menyebarkan dakwah Islam, dalam pahit getir menghadapi orang-orang kafir dan mengenali lebih terperinci tentang sifat-sifat baginda yang begitu mulia. Ia adalah untuk memberi pengajaran kepada kita tentang kisah perjuangan Rasulullah dalam menegakkan syariat Islam sehingga terpaksa menghadapi orang-orang kafir yang ingin mematahkan perjuangan Rasulullah SAW. Dari Mekah ke Madinah, sebegitu susahnya perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabatnya dalam menyebarkan dakwah Islam. Walaubagaimanapun, Rasulullah tetap berjuang dalam menghadapi kejahatan orang-orang kafir. Sebegitu tabahnya sifat baginda dalam perjuangan ini. Allah SWT begitu menyayangi Rasulullah SAW kerana sifatnya yang sabar dan tabah menghadapi ujianNya. Kita haruslah menyayangi juga Rasulullah SAW dengan beriman kepada Allah SWT dan sentiasalah berselawat keatas Nabi Muhammad SAW. Kita juga boleh menyayangi baginda dengan mengikuti sifat-sifat mulia baginda, dan sentiasalah mengamalkan sunnahnya. Semoga perjuangan Rasulullah SAW dapat kita contohi agar kita dapat kesenangan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah...... =D

Friday 21 January 2011

Resisitance Album......

Song List


1. Muse - Uprising

2. Muse - Resistance

3. Muse - Undiclosed Desires

4. Muse - United States of Eurasia

5. Muse - Guiding Light

6. Muse - Unnatural Selection

7. Muse - MK Ultra

8. Muse - I Belong to You

9. Exogenesis : Part 1 (Overture)

10. Exogenesis : Part 2 (Cross-Pollination)

11.Exogenesis : Part 3 (Redemption)

Tuesday 18 January 2011

Pelan Kedudukan Kelas 3A 2010 SMKBB......

Di dalam kebosanan yang melanda, aku telah mendapat satu idea untuk membuktikan yang aku adalah sebahagian daripada kelas yang diberi nama,
3 Amal.

Untuk melihat dengan lebih jelas, sila layari pautan berikut http://www.facebook.com/photo.php?fbid=190592327619441&set=o.106334746100316

Friday 10 December 2010

Kehebatan Buggati Veyron....!!!!



Buggatti Veyron merupakan sebuah kereta sport keluaran anak syarikat Volkswagen iaitu Buggatti.Kereta ini adalah kereta yang terpantas di dunia dengan kelajuan 407kmh. Menakjubkan!. Kereta ini juga memegang rekod pecutan dan nyah pecutan paling laju dalam dunia. Kereta ini menggunakan sebuah enjin W16 8.0 liter beserta dengan 4 set turbo. Enjin ini dikatakan berupaya menghasilkan kira-kira 1000bhp. Enjin ini dapat menggerakkan kereta ini dari 0-100 km/j dalam masa 2.46 saat. Walaupun kereta ini laju, tetapi kekuatan brek kereta ini sangat menakjubkan. Brek kereta ini dapat menghentikan kereta ini dari 400kmh ke 0kmh dalam masa kurang daripada 10saat.Ini adalah kerana kereta ini dilengkapi dengan Hydraulic spoiler yang berfungsi apabila pedal brek ditekan pada kelajuan lebih daripada 200kmh.  Kepada sesiapa yang berminat untuk beli kereta ini, harganya adalah lebih kurang USD1.5juta.